Kelengkapan Tomica Hero: Rescue Force

Kenderaan

Kenderaan utama

Rescue Striker

Kereta bomba kegunaan R1 yang mengangkut empat kenderaan kecil ke tempat kejadian. Kebolehan utamanya ialah Water Cannon yang memancut air yang boleh membeku. Kenderaan ini boleh bergabung dengan kenderaan bersaiz sederhana untuk mempertingkat kuasa.

Rescue Saver

Kenderaan pelbagai permukaan berperisai kegunaan R2. Kebolehan utamanya ialah Flash Cannon yang menembak peluru air membeku. Kenderaan ini boleh membahagi kepada empat kenderaan lebih kecil dan bergabung dengan kenderaan sederhana untuk mempertingkat kuasa.

Rescue Diver

Sebuah lagi kenderaan berperisai kegunaan R2 yang boleh melepaskan lapan peluru berpandu membeku dengan Flash Drill. Kenderaan ini boleh membahagi kepada empat kenderaan lebih kecil dan bergabung dengan kenderaan sederhana untuk mempertingkat kuasa.

Rescue Max

Robot gergasi yang terbentuk dari gabungan Rescue Striker dan Rescue Saver.

Super Rescue Max

Robot gergasi yang terbentuk dari gabungan Rescue Striker dan Rescue Diver.

Zero Fire

Pengangkut kenderaan gergasi kegunaan R5 yang dilengkapi kontena dengan empat pucuk Zero Fire Cannon yang boleh memuat lima kenderaan sederhana.

Kenderaan sederhana

  • Rescue Riser: Kereta bomba bercangkuk dan bertangga yang memancut air dari puncak tangga.
  • Rescue Shovel: Penyodok seretan yang dilengkapi pencengkam.
  • Rescue Drill: Jentera berbentuk kereta kebal berlengkapkan sepasang gerudi dan sebilah gergaji.
  • Rescue Turbo: Jentera penghembus hijau yang dilengkapi turbofan.
  • Rescue Dozer: Lori pembuang hitam yang boleh bertukar menjadi jentolak.
  • Rescue Crane: Kren berwarna biru langit.

Kenderaan kecil

  • Core Striker: Kereta ronda Nissan 300ZX kegunaan R1 yang berlengkapkan AI yang menjadi kokpit Rescue Striker.
  • Core Saver: Kereta ronda Nissan X-Trail kegunaan R2 yang berlengkapkan AI yang menjadi kokpit Rescue Saver.
  • Core Search: Kereta Nissan Note peribadi kegunaan R3 yang berlengkapkan AI.
  • Core Aider: Ambulans Nissan Paramedic kegunaan R4 yang berlengkapkan AI dan jentera keselamatan.
  • Core Striker Captain: Kereta ronda kegunaan R5 yang berlengkapkan AI yang menjadi kokpit Zero Fire. Hanya untuk kegunaan ketua pasukan.
  • Wave Search: Kereta bomba/peninjau tanpa pemandu.
  • Power Search: Jentera pengorek/peninjau tanpa pemandu.

Peralatan

Rescue Commander

Pad elektronik yang digunakan untuk membaca Rescue Card, berhubung dengan Rescue Phoenix, mencari tempat bencana, dan menghantar data yang dikumpul dari kawasan kejadian ke Rescue Phoenix. Apabila R1 menjadi R1 Max, maka Rescue Commandernya menjadi Max Commander.

Rescue Card

Pelbagai kad kegunaan khusus yang digunakan oleh Rescue Force untuk menggesel Rescue Commander.

Rescue Breaker

Alat pemecah yang digunakan oleh semua ahli Rescue Force yang terdiri daripada mod gandin, kapak, beliung, manipulator, gerudi, tali dan alat penganalisa maklumat berkamera digital.

Rescue Crusher

Alat penghancur berkuasa yang boleh digabungkan dengan Rescue Commander untuk membentuk gergaji rantai atau penyembur, serta boleh digabungkan dengan Rescue Breaker mod gerudi untuk menjadi gerudi penghancur.

Max Divider

Sarung tangan besi kegunaan R1 Max yang boleh diubah menjadi gergaji bulat, gerudi dan pedang.

Berkaitan